Finalis Separuh Akhir Muzik-Muzik 25
BLACK - SOFEA JANESiapa sangka Black akan melangkah sejauh ini selepas setahun lalu bila 'rupanya' seringkali saja menjadi bahan pertikaian-adakah dia mampu maju. Ternyata bukan halangan. Malah rupanya kini dengan imej yang kemas dan bersesuaian tampak manis pula! Vokal tiada masalah dan sungguh 'bersih' walaupun menghadap nota-nota yang tinggi.Siapa lagi yang berani menyangkal 'Anugerah Vokal Terbaik AJL' yang diterimanya tahun lalu?
'Black wearing Badger Classic(Jacket) + Badger Traumatic 3 (Tee)'
HUJAN - KAU HARUS ADA
Kumpulan indie ini antara yang tak pernah lupus ilham dalam menghasilkan karya-karya muzik yang baik dan unik. Untuk Hujan,sememangnya 'kau harus ada' dalam industri muzik hari ini.FAIZAL TAHIR - ADRENALIN
Tiada yang salahnya dalam melodi mahupun persembahan Faizal malam itu,cuma tinggal kekeliruan kenapa lagu ini yang nyata lebih strong daripada 'Hanyut' diketepikan daripada senarai pencalonan AJL. Harap ada ruang lebih dan lagu ini dipertimbangkan untuk dicalonkan semula di final nanti.STACY - JAHAT
Semakin lincah menari malah gangguan vokal dalam nyanyian bila bergerak kurang terjejas berbanding persembahan-persembahan lalu. Nampaknya ada peningkatan dan terus tingkatkan stamina kerana jika Stacy boleh menari bersama nyanyian yang perfect suatu hari nanti siapa tahu gemilang sinarnya akan lebih hebat. Identiti yang menarik dan usaha keras boleh mendekatkan Stacy pada simbol 'ikon'
Gandingan yang menarik.Tiada yang salahnya dalam eksperimen gabungan sebegini. Cuma dalam dua persembahan Mirwana malam itu,jika kita tidak kenal kumpulan ini mungkin kita tidak tahu mereka adalah sebuah kumpulan nasyid. Harmoni dalam nyanyian berkumpulan mungkin boleh dijaga untuk kedengaran lebih baik,kerana selain itu apa lagi label nasyid yang ada pada kumpulan ini?
'Noh Hujan wearing Badger Sweater Next Circle'
ADIRA - KU ADA KAMU
Satu-satuynya yang paling menarik dalam persembahan Adira kali ini bila saya melihat dia membawa lagu ini sambil seakan-akan 'bercerita'-tell the story! Komunikasi bersama penonton melalui lirikan mata dan gerak tubuh memang serasi dengan lirik lagu yang seakan dituju pada peminatnya yang menyokong.Wajah Adira pula semakin manis,kejujuran pasti terserlah bila setiap kali dia tersenyum.Peluang sudah dibukakan,harap Adira tidak mempersia-siakannya andai berjaya melangkah ke pentas akhir nanti.
AIZAT - SUSUN SILANGKATA
Vokal Aizat sangat bagus. Selesa di note rendah,malah punya jiwa yang tersendiri.Diselangi bakat menggubah lagu yang baik. Maka tak perlu sangat percubaan-percubaan menjerit pada bahagian-bahagian lagu tertentu. Mungkin untuk memberi mood persembahan' live' tetapi ini sebuah pertandingan yang dinilai. Muzik lagu sudah bagus,cuma tumpukan pada kreativiti persembahan di final nanti. Vokal sudah SANGAT BAIK dan selesa,tak perlu 'pertambahan-pertambahan' yang tidak sesuai.THE FABULOUS CATS - CINTA KOSMIK
Ke mana agaknya pergi seorang lagi ahli group yang banyak menyumbang suara dalam lagu ini terutama dalam bahagian nota-nota tinggi. Agaknya kerana itu Zizi kelihatan sesak dalam menghulur suara pada bahagian yang bukan miliknya-sedikit menjejaskan pendengaran. Sebuah persembahan yang amat bertenaga.
BLACK ft MEET UNCLE HUSSEIN - DRAMA KING
Lagu di bawah ciptaan Taja ini sememangnya punya kekuatan yang tersendiri,boleh mengumpul mata tinggi dalam pemarkahan melodi dan susunan muzik.
'Black wearing Badger Jacket + Badger Comune'
ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU
Bahagian key tinggi di chorus mungkin boleh dekatkan sedikit mulut di microphone. Ana pasti dapat mencecah nota itu sebagaimana dalam rakaman.
From left: The Prince, Jay Badger, Giezelle and Bee.ru
No comments:
Post a Comment